31 Oktober 2011

i miss you -.-

:)

 Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

pernahkah ??

Jika anda mahu membuat sesuatu,
 anda akan cari jalan.
Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,
 anda akan cari alasan. :)

sesuatu yang perlu dibuat dalam hidup

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

lalala .....

masa untuk masak :)
salam....

mak cik ku..

Tidak sanggup aku membenci makcik ku sendiri,
Walaupun dia sering menyakiti hati ku,
Membenciku,
Mengeluarkan kata-kata yang kesat,
Fitnah bukan-bukan,
Memukul,
Mencaci,
Aku sedar dia hanya manusia biasa yang masih belum melihat yang mana permata yang mana berlian,
Sejahat-jahat dia tetap makcikKU,
Bersabar lah aku dengan perangainya ...

:*

apabila diri semakin banyak melakukan amalan kebaikan,
maka mencurah - curah ujian yang datang,
bersabalah,
itu pertanda diri kamu disayangi olehNYA,
dan,
jangan pernah berhenti melakukan kebaikan,
kerana itu adalah amalan yang bakal kita bawa pada suatu ketika nanti ..



                                                                                                            

dalam kenangan ^_^















kenangan masa masak kat sekolah :)
kenangan manis :)

30 Oktober 2011

sweet couple :)

hahaha abg aju pinjam gambar ea :)
sweet pulak tegak kak waheeda ngn abg aju ni :)
taniah kak waheeda dpt segulung ijaza :)
abg aju ngn kak waheeda semoga berkekalan ya <3

 hmmm macam filem hindustan pun ade jugak :)

 taniah kak waheeda :)


29 Oktober 2011

^_^

okey cukup untuk malam nie..
abah dah mula rindu anak dia lah tuhh :) phone asyik bunyi je abah message  :)

:*

nak kongsi resipi telur bungkus pulak lah :) :)

:)

terasa nak kongsi resipi kek :)

kek colat :)


  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
    • ==============================
    • ** Topping **
    • 1/2 cawan koko
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 sudu besar minyak masak

    Cara-cara

    1. Pukul telur hingga kembang
    2. Masukkan gula dan pukul lagi
    3. Kemudian masukkan minyak masak
    4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
    5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
    6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

27 Oktober 2011

:) bersyukur padaMU...amin

hahaha :)

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥ "ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥ "ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT M... ...AJLIS KECIL ♥ "ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA !!!

terima kasih :)

Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.

Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yg mengasah ketegaranmu.

Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu. :)

kepada sahabat


 Sahabat
Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita
Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah jangan berjalan
Jauhkan beban dari sang kelam
Mengapa kita mengotorinya
padahal suci didepan mata
Mengapa hati mesti dikhianati
Bila sang raja benar mengarahi

dalam hidup


Dalam Hidup
Ada Kerinduan
Ada Kasih Sayang
Ada Perjuangan
Ada Kemenangan
Ada Awal
Ada Akhir
Melangkah tenang namun pasti
penuh perhitungan
Hilang duka, Berganti bahagia
Batas Kesabaran
Sabar memang tiada batasnya
Dan akan selalu di uji kesabaran kita
Bahkan ketika kita menulis kata “sabar”,
Kita di tuntut untuk faham
Akan makna sabar itu sendiri.
Jadi tiada pilihan lain tetap “sabar”
Sabar dalam erti tetap berusaha
Dan tawakal
Dalam menggapai redhaNya.

ketentuan


Ketentuan
Andai hati ini boleh dilihat
Pasti ramai yang tidak sanggup melihat deritanya
Sarat dengan sengsara
Namun..
Terlindung disilau redha
Andai hati ini boleh berbicara
Pasti ia akan lontarkan cerita yang paling sedih
Bayangan suramnya jiwa
Namun..
Tersorok di tabir qonaah
Andai hati ini boleh berlagu
Pasti ia akan mengalunkan irama yang paling sendu
Luahan luhur dalam diri yang luluh
Namun..
Tersekat di tembok sabar
Andai hati ini boleh dilukis
Pasti ramai yang menitiskan air mata
Menyaksikan kesakitannya
Namun..
Terpasak di tunjang pasrah
Ya Robbi
Kami bukan para Anbiya
Yang imannya terus menebal
Kami juga bukan para Malaikat
Yang imannya tetap tak berganjak
Kami hamba-Mu yang dhaif
Yang imannya kadang-kala luas dan adakalanya sempit
Ya Rahman
Andai ini yang kau inginkan
Sebagai suratan perjalanan
Anugerahkan kami kejituan iman
Bentengi dengan kekuatan
Saluti diri dengan keikhlas Ya Rahim
Andai ini yang ditakdir
Pasrah terima ketentuan…

23 Oktober 2011

to my sister

kakak nadia happy besday yg ke-22
semoga panjang umur dan dimurahkn rezeki..
akk nk sangat set makeup kn okey lah adik belikkan
terbang duit rm 100 lebih :)
semoga akk terus maju dalam hidup :)

aduhhh demam lagi !!

....

Hati itu umpama kaca, jgn biar ia retak... Akal itu umpama air, jgn biar ia kering... Iman itu umpama debu, jgn biar ia hilang... Persahabatan itu pula umpama tali, jgn biarkan ia putus...

22 Oktober 2011

cinta dlm diam....

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah...

:)

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..=)

lumrah hidup bukan ??

1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DOA =)

saya tahu :)

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..


Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak...

mungkin??

"Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR...